Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 – “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

Klik Gambar Untuk Muat Turun
PNG Logo Rasmi HKHM 2023

Klik Gambar Untuk Muat Turun
PNG Gambar Tema Rasmi HKHM 2023

Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil telah melancarkan logo serta tema untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 di KLCC pada 27 Mei 2023, Sabtu lepas. Pelancaran yang sama juga turut diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Berikutan tema yang dipilih “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, Beliau berharap agar semua rakyat Malaysia dapat menyemarakkan rasa cinta akan negara dan dapat turut serta dalam setiap program yang telah disusun atur sepanjang bulan kebangsaan pada tahun ini. 

Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
Share on Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Hi! Ada pertanyaan? Tekan sini

Kami sedia membantu! Tekan di bawah untuk terus ke whatsapp kami.

Sales & Marketing

Customer Service

Online

Customer Service

Hi, What can i do for you? 00.00