Mengembalikan Kalendar Akademik Persekolahan Pada Bulan Januari

Kenyataan Media Berhubung Mengembalikan Kalendar Akademik Persekolahan Pada Bulan Januari

Sukacita dimaklumkan, KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024/2025 bermula pada bulan Februari 2025.

Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada tahun 2026.

Permulaan takwim persekolahan itu diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022, selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga Februari tahun berikutnya ketika sesi persekolahan terkesan akibat pandemik COVID-19 melanda seluruh negara

Jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190, iaitu memerlukan 32 hingga 38 minggu untuk menyelesaikan kurikulum persekolahan setahun.

Perubahan kalendar akademik perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat, banjir pada hujung tahun dan tidak mengganggu jadual peperiksaan seperti SPM, STPM dan STAM.

Dengan pengumuman ini, semua pihak yang terlibat dapat membuat perancangan dari semua aspek seperti kewangan, ekonomi, cuti keluarga dan selainnya dapat diatur mengikut kalendar akademik yang akan diwartakan.

KPM memastikan kesejahteraan semua pihak diberikan keutamaan untuk mencapai hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara
Sejahtera

MUAT TURUN KENYATAAN RASMI (PDF) :
KM_KPM_Berhubung Mengembalikan Kalendar Akademik Persekolahan Pada Bulan Januari

 

(Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Sosial media rasmi Menteri Pendidikan Malaysia : YB Puan Fadhlina Binti Sidek)

Share on Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Hi! Ada pertanyaan? Tekan sini

Kami sedia membantu! Tekan di bawah untuk terus ke whatsapp kami.

Sales & Marketing

Customer Service

Online

Customer Service

Hi, What can i do for you? 00.00